Friday, August 7, 2009

Mengapa saya inginkan broadband?


Sebagai seorang pelajar sekolah, saya banyak didedahkan dengan ilmu kurikulum, namun begitu, saya juga didedahkan dengan penguasaan Internet dan komputer dimana ia berguna kepada pelajar untuk mencari maklumat dan sebagainya. Saya juga diberi tugasan yang perlu menggunakan sambungan internet.
Pada suatu hari, saya perlu menyiapkan satu tugasan dimana saya perlu menyerahkan tugasan tersebut kepada guru saya pada keesokan harinya. Tanpa disangka, keluarga saya mendapat panggilan kecemasan daripada nenek saya dan keluarga kami terpaksa pulang ke kampung pada hari itu juga. Saya membawa bersama komputer riba saya dengan harapan dapat menyiapkan tugasan tersebut secepat mungkin.
Setibanya di kampung, alangkah kecewanya saya apabila saya cuba membuka sambungan internet, saya dapati bahawa di kampung nenek saya itu tidak terdapat sambungan internet sebagaimana yang terdapat di rumah saya. Apabila pulang semula ke rumah saya pada malam itu, saya terpaksa menyiapkan tugasan tersebut dan tidur pada lewat malam. Mujurlah saya dapat menyiapkan tugasan itu dan menyerahkannya kepada guru saya tepat pada waktunya.


Guru saya mengesyorkan saya untuk menggunakan "Broadband" iatu jalur lebar yang mempunyai keupayaan yang dapat menyalurkan komunikasi berkeupayaan tinggi melebihi 56 kilobit per saat.


Jalur lebar ini juga dapat dibawa ke mana sahaja termasuklah ke kampung nenek saya yang terletak di luar pendalaman. Kita juga dapat mengakses internet walau berada di tengah-tengah kawasan hutan.Bagi saya, ia dapat memudahkan lagi pelajar seperti saya untuk melakukan tugasan dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.




Jadi, jelaslah bahawa Broadband mempunyai pelbagai kegunaan dan memberi pelbagai faedah kepada pengguna dari kalangan pelajar, kakitangan awan dan sebagainya. Itulah salah satu sebab mengapa saya inginkan Broadband. Tambahan pula, kita sekarang berada pada zaman teknologi dimana segala maklumat berada di hujung jari. Dengan adanya broadband, kualiti hidup manusia dapat dipertingkatkan.

1 comment:

  1. Casino de Monte-Carlo - Mapyro
    Casino de Monte-Carlo is an 울산광역 출장마사지 Italian casino located 광주광역 출장안마 in Monte 논산 출장안마 Carlo, Italy and is open daily 24 hours. 안동 출장샵 The casino's 18000 square foot 수원 출장샵 gaming space features

    ReplyDelete