Friday, August 7, 2009

Mengapa saya inginkan broadband?


Sebagai seorang pelajar sekolah, saya banyak didedahkan dengan ilmu kurikulum, namun begitu, saya juga didedahkan dengan penguasaan Internet dan komputer dimana ia berguna kepada pelajar untuk mencari maklumat dan sebagainya. Saya juga diberi tugasan yang perlu menggunakan sambungan internet.
Pada suatu hari, saya perlu menyiapkan satu tugasan dimana saya perlu menyerahkan tugasan tersebut kepada guru saya pada keesokan harinya. Tanpa disangka, keluarga saya mendapat panggilan kecemasan daripada nenek saya dan keluarga kami terpaksa pulang ke kampung pada hari itu juga. Saya membawa bersama komputer riba saya dengan harapan dapat menyiapkan tugasan tersebut secepat mungkin.
Setibanya di kampung, alangkah kecewanya saya apabila saya cuba membuka sambungan internet, saya dapati bahawa di kampung nenek saya itu tidak terdapat sambungan internet sebagaimana yang terdapat di rumah saya. Apabila pulang semula ke rumah saya pada malam itu, saya terpaksa menyiapkan tugasan tersebut dan tidur pada lewat malam. Mujurlah saya dapat menyiapkan tugasan itu dan menyerahkannya kepada guru saya tepat pada waktunya.


Guru saya mengesyorkan saya untuk menggunakan "Broadband" iatu jalur lebar yang mempunyai keupayaan yang dapat menyalurkan komunikasi berkeupayaan tinggi melebihi 56 kilobit per saat.


Jalur lebar ini juga dapat dibawa ke mana sahaja termasuklah ke kampung nenek saya yang terletak di luar pendalaman. Kita juga dapat mengakses internet walau berada di tengah-tengah kawasan hutan.Bagi saya, ia dapat memudahkan lagi pelajar seperti saya untuk melakukan tugasan dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.




Jadi, jelaslah bahawa Broadband mempunyai pelbagai kegunaan dan memberi pelbagai faedah kepada pengguna dari kalangan pelajar, kakitangan awan dan sebagainya. Itulah salah satu sebab mengapa saya inginkan Broadband. Tambahan pula, kita sekarang berada pada zaman teknologi dimana segala maklumat berada di hujung jari. Dengan adanya broadband, kualiti hidup manusia dapat dipertingkatkan.

Fungsi Broadband


Broadband yang lebih digunakan oleh orang ramai kini ialah broadband jenis pendrive di mana ia mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga ringan serta mempunyai reka bentuk yang menarik. Antara fungsi broadband adalah :

1- Melayari laman web contohnya www.yahoo.com
2-Memuat turun video, lagu, serta aplikasi-aplikasi yang diinginkan.
3-Mencari maklumat serta berita terkini.
4-Berkongsi dokumen
5-Membuat bayaran mengunakan internet contohnya bayaran bil telefon atau bil elektrik.
6-Memudahkan para pelajar untuk melakukan latihan bagi subjek
akademik contohnya pada laman web www.my-terengganu.com.

Apa Itu Broadband?







Selamat datang ke laman blog saya!



Adakah kamu tahu apa itu broadband? Broadband adalah medium yang menyambungkan komunikasi yang berkeupayaan tinggi. Pada segi istilahnya, ia merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi yang tersedia untuk penggunaan komunikasi.



Band with


Jumlah data yang dihantar dari satu komputer ke rangkaian yang lain pada masa yang tertentu. Lagi banyak ‘bandwith’ digunakan, maklumat akan diperolehi
dengan cepat.



Broadband Router



Membenarkan perkongsian rangkaian di antara satu.Komputer dengan komputer yang lain. Teknik ini dipanggil NAT (Network Address Translation) untuk berkongsi IP address melalui kabel yang disediakan pada setiap komputer. Mempunyai ciri keselamatan untuk menjaga komputer semasa menggunakan internet contohnya ‘firewall.


Broadband firewall work


Memerlukan beberapa jenis perkakasan CPE pada setiap bangunan untuk menghubungkan dua bahagian LAN dalan satu bangunan. CPE terbahagi kepada dua iaitu NIU dan kad ethernet(bertindak Sebagai pemancar dan penerima signal radio). Gabungan pemancar dan penerima signal radio serta anttena diletakkan di atas bangunan bagi membolehkanPenerimaan maklumat secara jelas.

Penerimaan maklumat dengan pantas hingga 40 kali ganda dari modem 56kbps (muat turun bahan & buka email. Penghantaran lebih data elektronik pada kelajuan tinggi walaupun pada masa yang sama.

KELEBIHAN TANPA WAYAR ATAU "WIRELESS"


Memeriksa portfolio stok dan pergerakan pasaran saham termasuk menerima tip dari broker dan rakan –rakan seperniagaan. Mencari restoran, tempat pelancongan, hotel atau apa-apa yang digemari dan menggunakan panggilan satu sentuhan untuk membuat tempahan.



KELEMAHAN TANPA WAYAR ATAU "WIRELESS"



Sambungan talian kepada pembekal yang tidak menentu seperti yang berlaku keatas ISP untuk internet berwayar. Pengguna yang berada di luar kawasan yang tidak mempunyai liputan dan sel tidak dapat membuat perhubungan. Keselamatan dari penggodam untuk kedua-dua pembekal dan pengguna.